Tuesday 4 December 2018

Jom Kenal Huruf-Huruf Hijaiyyah

Teks: Maslizatul Ayu

Alif..ba..ta..tsa..jim..ha..kho
Ternyanyi pula, hihi. Umi Ayu ni boleh dikatakan setiap hari pastinya akan melagukan huruf-huruf hijaiyyah buat Fatihah Maisarah dan Aina Marissa sebagai halwa telinga mereka. Biar anak-anak didedahkan dahulu dengan huruf-huruf al Quran, kerana pembelajaran al Quran ini sepanjang zaman, hayat.

Belajar sambil bernyanyi, mudah ingat ditambah lagi dengan bahan bantu mengajar, lagi lah ingat kan. InsyaAllah.

Umi: lafaz basmalah dan mula mengajar. (Anak-anak murid tu haa, siapa lagi fatihah dan aina).
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh. Hari ini, Cikgu Ayu mahu ajar huruf-huruf      hijaiyyah. Terdapat 29 huruf-huruf hijaiyyah ya, jom ikut cikgu baca!

Alif
Ba
Tsa
Jim
Ha
kho
Dal
Dzal

Fatihah: Alif, Ba, Ta, Tsa...

Umi dapat lihat keterujaan Aina juga walaupun belum pandai bercakap lagi.

Setiap 29 huruf-huruf hijaiyyah ini akan dilagukan, di tulis (umi akan tulis dot dot huruf dan fatihah akan sambung-sambungkan), baca dan baca konsisten setiap hari.




Dalam ilmu tajwid, huruf alif sahaja tidak boleh menerima tanda bacaan (harakat dan sukun).
Selain dari huruf alif, semua nya boleh menerima tanda bacaan (harakat dan sukun) Mudah untuk diingati akan huruf-huruf hijaiyyah, umi terus tulis di atas pinggan kertas dan tampal begini.

Boleh lah main role play bersama anak-anak. Sambil menekankan ilmu tajwid kemudiannya.





Sumber gambar: Maslizatul Ayu 





Monday 3 December 2018

Apa itu Ilmu Tajwid

Teks: Maslizatul Ayu

Daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.  (Riwayat Muslim).

Apa itu Ilmu Tajwid
Tajwid pada bahasa ialah memperelokkan atau menghaluskan bacaan.

Tajwid pada istilah ialah:
1. Membaca al Quran menurut hukum-hukum yang tertentu
2. Mengucapkan huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya serta menunaikan hak setiap huruf itu sama ada sifatnya yang asli atau yang mendatang

Fadhilat Ilmu Tajwid sepertimana firman Allah dalam al Quran, surah al-Muzammil ayat 4
“Dan bacalah al-Quran dengan tartil. Seringkali kita mendengar Hadis ini dimana Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari “semulia-mulia di kalangan kamu adalah yang belajar al-Quran dan yang mengajarkan nya.” Sesungguhnya beruntung bagi yang mempelajari al Quran dan tajwid serta mengajarkan kepada orang lain.

Hukum mempelajari ilmu tajwid terbahagi kepada dua bahagian, pertama iaitu fardu kifayah yang membawa maksud kepada mempelajari ilmu tajwid, merangkumi istilah-istilah serta hukum yang berkaitan. Kedua iaitu fardu ain bilamana membaca al-Quran dengan bertajwid.

Tujuan mempelajari ilmu tajwid ini adalah untuk memelihara bacaan al Quran daripada kesalahan yang dibuat melalui lisan (lidah). Adalah dituntut sebenarnya kita mencari guru al Quran dan tajwid yang bertauliah untuk belajar menyebut huruf-huruf dalam al Quran, sesuai dengan makhrajnya dan betul bacaan tajwid nya.

Adapun banyak buku rujukan tajwid yang boleh dibeli dan belajar sendiri, lebih afdhal mencari guru supaya bacaan al Quran yang dibaca mengikut tartil nya. Belajar berhadapan dengan guru al Quran dapat membantu menyelesaikan masalah tajwid dengan berkesan, InsyaAllah


Sumber gambar: Maslizatul Ayu

Cara Asah Bakat Terpendam

Teks: Maslizatul Ayu

Bakat sememangnya berbeza dengan kecerdasan. Ali berkata kepada Aini, kamu ada bakat melukis lah! Aini menjawab, Tak lah, biasa-biasa sahaja ini. Pernah menerima kata-kata dari kenalan yang empunya diri mempunya bakat itu atau ini? Seringkali bakat sendiri terlihat oleh orang lain, walhal kita sendiri tidak kenalpasti. Apabila tidak mengetahui bakat sendiri, ianya akan terkubur berlalu pergi.
.
Selalu kita dengar tagline rancangan melodi, "berdiri di atas bakat sendiri" kan? sejauh mana kita tahu dan kenal akan bakat serta potensi semulajadi kita? itu yang senantiasa menjadi persoalan yang tiada berkesudahan. Kajian juga mendapati ramai graduan menyambung pelajaran bukan dalam bidang dan cuba asah bakat yang bukan nya dari dalam diri. Akhirnya bekerja bukan dalam jurusan dan melompat ke bidang lain dan lain pula. 
.
Bakat ini tidak akan nampak dengan jelas melainkan latihan berulangkali. Bakat ini juga akan berlalu pergi, perlukan penguat untuk mengasah nya. Dalam erti kata lain, perlukan minat yang mendalam bagi menguatkan bakat yang terpendam. Wujudnya cara mudah untuk kenalpasti bakat semulajadi lagi terpendam ini melalui analisis cap jari. 
Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda 'eksklusif' seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke-19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.
Berasaskan kajian embriogenesis, pembentukan cap jari bermula sejak minggu ke-13 sehingga minggu ke-19 dan pembentukan cap jari ini adalah setara dengan pembentukan otak janin dalam kandungan.

Ibu dan ayah,

Mahu kah ibu ayah, saya kongsikan cara asah bakat dan potensi dalaman anak-anak yang mampu memberi panduan buat ibu ayah dalam menggilap potensi dan bakat anak-anak? 
.
Sudah lama rasanya ibu ayah tidak merenung dalam ke dalam wajah anak-anak yang walaupun depan mata jasad nya. Bilakah kali terakhir ibu ayah memeluk anak-anak? Renung ke dalam mata  anak-anak yang anda sangat sayangi. Mereka adalah permata hidup anda. 
.
Saya yakin dan percaya ibu ayah prihatin pastinya mencari seribu satu cara dalam membantu anak-anak menyelusuri kehidupan di dunia dengan sedikit panduan supaya anak-anak tahu akan jalan masa depan yang sesuai dengan fitrah bakat dan potensi semulajadi nya. Saya terharu dan ucapkan segulung tahniah. 
.
Ada juga ibu ayah yang tercari-cari bagaimana mahu memahami sikap anak-anak yang acapkali merunsingkan kepala. Segala macam cuba jaya telah dilakukan, akan tetapi hasil nya tetap sama. 
.
Saya menawarkan khidmat analisis dan bimbingan untuk membantu ibu ayah lebih mengenali dan memahami potensi anak-anak. Saya berusaha menyediakan laporan analisis yang tepat untuk kegunaan ibu ayah berusaha merancang masa depan anak-anak. Saya terangkan Peta Jalan Kehidupan bagaimana permata hati ibu ayah boleh berjaya di masa depan.
.
Mahukah ibu ayah untuk kami terangkan setiap perkara ini yang tersembunyi dalam diri anak-anak?
>> bahagian otak yang dominan
>> kecerdikan semulajadi anak
>> kemampuan anak simpan maklumat
>> sensitiviti pembelajaran
>> gaya belajar paling berkesan
>> personaliti anak
>> karakter dan gaya komunikasi anak
>> multiple intelligence anak
>> hobi dan subjek yang paling sesuai untuk anak
>> potensi kerjaya anak
>> potensi keusahawanan anak
>> daya ketahanan anak terhadap cabaran
>> dan macam-macam lagi dalam sebuah laporan terperinci lebih 50 MUKA SURAT
.
Saya bukan menyediakan APA kepada ibu ayah. Saya bantu dengan nyatakan BAGAIMANA. 

Bagaimana ibu ayah boleh mengasah bakat dan potensi yang ada dalam diri anak-anak. Bagaimana dengan cara bijaksana ibu ayah boleh kenalpasti tabiat, personaliti anak yang sehingga satu tahap menguji kesabaran ibu ayah. Bagaimana cara mengendali dan berkomunikasi dengan cara berkesan sesuai dengan kecendurangan fikir dan perangai anak-anak. Bagaimana ibu ayah boleh bantu tingkatkan atau kuatkan kemampuan berfikir anak-anak. Bagaimana ibu ayah boleh bantu anak menyerap dengan mudah setiap pembelajaran harian sesuai dengan target ibu ayah dalam merencana masa depan anak-anak.
.


Kata Ustaz Affendi,
"Ibu ayah sayangkan anak kan? Usah berhabis duit belikan mereka telefon, tab dan playstation yang canggih. Sebaliknya, fokus dalam pelaburan kejayaan mereka.

Sangat ramai ibu ayah di luar sana yang inginkan anak mereka berjaya lebih berbanding dengan anak orang lain. Namun usaha mereka kurang strategik. Mereka sanggup hantar anak tuisyen pelbagai subjek. Tetapi mereka tidak pernah berusaha buat perkara yang paling PENTING iaitu kenal potensi anak-anak. Umpama suruh anak tebas hutan belantara dengan hanya bekalkan pisau lipat sahaja. Akibatnya anak stres dan rasa terbeban. Mereka protes dengan result yang tidak memberangsangkan. Dapat keputusan ibu ayah marah kepada mereka dan mengungkit bahawa dah berhabis duit hantar mereka tuisyen tapi masih tidak berjaya,

Aduh! Kasihan sang anak. Sepatutnya ibu ayah tunjukkan pada anak gaya belajar mana yang paling berkesan terlebih dahulu. Apakah daya dorongan dalam diri anak yang boleh dimanipulasikan untuk meraih kejayaan? Barulah ibu ayah hantar anak masuk mana-mana program belajar atau kelas tuisyen.

Ketahuilah ibu ayah sekalian, setiap anak yang lahir itu BIJAK. Cuma cara didikan ibubapanya yang menjadikan BIJAK itu boleh dimanfaatkan atau sebaliknya."

Analisis biometrik menyediakan maklumat untuk memudahkan ibu dan ayah. Saya menyediakan laporan analisis dan saya bimbing ibu ayah untuk memahami dan tahu cara menggunakannya. Saya juga menyediakan slot bimbingan dan motivasi terus kepada anak anda tentang bagaimana untuk berusaha menjadi insan berjaya. Ketepatan hasil analisis ini terbukti sehingga 95%.
.
Perkhidmatan kami terus ke lokasi anda. Ke tempat yang anda selesa untuk berbincang dan berfikir untuk masa depan kejayaan anak anda,InsyaAllah
.
Adakah ibu ayah berani tenung ke dalam mata anak anda dan berkata ibu ayah telah melakukan yang terbaik untuk kejayaannya?
.
Adakah ibu ayah cukup tabah untuk lakukan?
.
Sebelum ibu ayah tenung, renung dalam diri sendiri dahulu. Apakah tindakan daripada pihak ibu ayah?
Ibu Ayah sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak. 














Sunday 2 December 2018

Cara Kenal Potensi Diri dan Bakat Semulajadi, Pengalaman sebagai Konsultan


Teks: Maslizatul Ayu


Pekerjaan sebagai Suri Rumah boleh tahan cabarannya! Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah suri rumah berhadapan  dengan tugasan harian yang di ulang-ulang untuk setiap hari tanpa henti. 24 jam satu hari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Akan tetapi, apabila mengenal potensi diri, tidak betah duduk dalam memberi nilai tambah buat insan sekeliling. Maka tercetuslah idea bekerja dari rumah.

Meletakkan tanggungjawab mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak sebagai fokus utama tetapi pada masa yang sama melakukan urusan yang tidak berkait antaranya membuat perniagaan barangan seperti online business menjadi dropship habasyi madubaking kek dan nyalarasa tinggi pada kerjaya freelance sebagai konsultan potensi diri dan bakatsemulajadi.


Pernahkah kita terfikir kenapa Allah ciptakan corak saraf pada jari dan tapak tangan, jari dan tapak kaki? Ahli Genetik membuktikan bahawa cap jari berasal dari keturunan dan tidak akan berubah sepanjang umur. Apakah itu dermatoglifik? Dermatoglifiks adalah kajian tentang cap jari (Bahasa Greek: Derma = “Kulit”, glyph = “ukiran”). Berasaskan kajian embriogenesis, pembentukan cap jari bermula sejak minggu ke-13 sehingga minggu ke -19 kehamilan.
#timkonsultanalignthoughtssdnbhd


Pembentukan cap jari adalah setara dengan pembentukan otak dalam janin. Oleh itu, kepintaran pelbagai dan corak cap jari adalah berhubungan rapat. Menurut Professor Dr Howard Gardner, penulis buku “The Theory of Multiple Intelligence”, setiap orang mempunyai kepintaran pelbagai yang merupakan kekuatan diri masing-masing. Beliau juga menunjukkan bahagian-bahagian otak yang menguasai kepintaran pelbagai yang berbeza. 

Aplikasi dermatoglifik dalam bidang sains dan perubatan ini hasil dari gabungan kajian psikologi, sains perubatan, genetik,embriogenesis, kajian tingkah-laku, NLP (Neuro-Linguistic Program) dan sebagainya. Dermatoglifik merupakan alat yang paling baik dan mudah untuk “memahami” mesej otak. Tiada dua insan di dunia ini mempunyai DNA yang sama, begitu juga cap jari hatta kembar sekalipun.

Disebabkan keunikan cap jari dan coraknya tidak akan berubah seumur hidup, badan kerajaan Amerika CIA dan FBI menggunakannya untuk identifikasi DNA dan kajian kes jenayah. Pada tahun 1970an, Rusia menggunakan dermatoglifiks dalam pemilihan ahli sukan pertandingan Olimpiks. Justeru itu, kebaikan dermatoglifiks dalam memahami kepintaran pelbagai seseorang secara keseluruhan amat mudah, termasuk cara pembelajaran berkesan untuk diri.

Tambahan lagi, ianya tidak terpengaruh oleh faktor-faktor seperti latar belakang, alam persekitaran, kesihatan dan emosi. Kestabilan analisis diyakini dalam membekalkan maklumat keturunan yang saintifik, mudah, tiada kesakitan atau kecederaan, tidak perlu menjawab sebarang soalan hanyalah perlu imbasan sepuluh jari tangan. 

Kalau kita perhatikan dengan lebih teliti dan terperinci, di hujung jari-jari kita semua punya lorekan yang selama ini kita tidak ketahui makna nya yang tersirat. Hasil kajian barat menemukan setiap lorekan jari itu mempunyai kaitan yang erat dengan lima belahan otak manusia. Setiap perkaitan dapat memberi kesimpulan bahawa otak mempunyai potensi pelbagai.
Kajian mendapati ada jari yang terkait dengan otak bahagian depan, tengah, belakang dan tepi. Bahagian otak ini dinamakan "lobus". Lobus-lobus ini bagaikan sebuah folder tertentu. Manakala setiap folder ini mempunyai cara kerja masing-masing. Ada bahagian berfikir, membuat keputusan, komunikasi, pergaulan dan tindakan. Kelima-lima folder ini bersambung dengan ke lima jari manusia kiri dan kanan
Kecenderungan bahagian otak yang paling kuat dan aktif dan tahu apakah perkara uang perlu diperkasakan. Setiap fungsi otak perlu dilatih dan diberi rangsangan yang betul. Seronoknya dalam laporan analisis ini ada disertakan cadangan aktiviti yang boleh mengaktifkan sepuluh bahagian otak. Kita juga akan tahu kemampuan pembelajaran, kecenderungan quotient, cara kerja dan macam-macam lagi. Penting untuk tahu setting operasi anak-anak sebelum installprogram yang sesuai untuk boost kejayaan mereka.
Diri sendiri dan anak-anak menjadi bahan ujikaji hasil laporan bakat dan potensi diri ini di samping menghebahkan kepada dunia luar akan kepentingan mengenal kecenderungan diri.Nyalarasa dalam pembangunan diri lebih menjurus ke arah bidang psikologi, cakna minda akan tingginya keinginan untuk berkongsi ilmu yang ada tidak bertepi. Syukur apabila terjun ke bidang ini, sedikit sebanyak dapat memahami situasi yang perlukan jawapan apabila dicari.

Ibu adalah madrasah pendidikan pertama bagi seorang anak sebelum anak mengenal dunia luar. Anak adalah amanah sekaligus ujian bagi kedua ibu bapanya yang mana akan dipertanggungjawaban oleh Allah. “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ( Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Iman tidak diwarisi, tapi hadir dari didikan ibu bapa seiring dengan redha Ilahi. 

Refleksi diri berkali-kali akan amanah yang diberi. Wanita yang bergelar isteri dan umi ini nekad kerana memegang pada prinsip akan rezeki Allah itu pasti. Bukan mudah untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak. Ianya amat menguji mental, fizikal dan emosi sendiri. Sehinggalah mengaplikasikan ilmu pendidikan awal kanak-kanak , ilmu keibubapaan dan mengenalpasti bakat dan potensi semulajadidengan mereka yang berada disisi. 

Ibu muda, perlukan ilmu untuk mengenal fitrah anak-anak. Andai tidak kenal akan keunikan yang ada pada anak, maka akan wujudlah perbandingan demi perbandingan antara anak kita dengan anak orang lain. Pemikiran sebegini haruslah dihindari, silap-silap makan diri sendiri dan mencetuskan punca tekanan pada diri dan anak sendiri. Setiap individu sebenarnya unik. Bakat dan potensi semulajadi adalah pencetus terbaik untuk dibangunkan dan digembleng.

Hati-hati tentukan potensi bakat anak! Acapkali kita lihat,dengar dan maklum akan sesetengah ibu bapa seolah-olah tahu akan bakat dan minat anak-anak sedangkan ianya adalah harapan yang dicipta ke atas anak. usahlah kita memaksa anak-anak menempuh sesuatu yang tidak sesuai denganpotensi mereka, apalagi tidak diminati. Hal itu sama sahaja seperti kita ‘memenjarakan’ anak-anak yang di luar fitrahnya sendiri.

Disebabkan hal ini, tidak betah duduk dibuatnya memikirkan akan hal membangunkan modal insan. Pengetahuan mengetahui bakat dan potensi diri semakin meluas, akan tetapi peratusan yang sedar akan kepentingan nya masih lagi di tahap rendah. Jelaslah betapa peri pentingnya usaha untuk mencari serta membangunkan potensi diri yang ada dalam diri kita semua.

Pepatah kata, tak kenal maka tak cinta. Malah analisis ini bukan setakat kenal, ia akan membantu kita mengendalikan diri anak-anak. Sebagai ibu bapa juga akan tahu bagaimana untuk tingkatkan motivasi, bagaimana untuk membantu di saat perlu apabila berhadapan dengan situasi negatif, mengurus stress berdasarkan karakter pada masa yang sama.Selain itu, ibu bapa juga dapat merujuk cadangan aktiviti untuk penambahbaikan dalam pencapaian.

Bakat, kepintaran, kecerdasan boleh dianalisa, diukur dan juga dinilai secara sistematik lagi saintifik. Tambahan lagi, apabila dapat perkongsian dari klien analisis potensi diri menaikkan semangat dan waja diri. Hati ini puas apabila klien mengambil tindakan melakukan buat anak-anak dalam imbasan cap jari untuk ketahui potensi yang dapat digilap dari awal usia lagi.

Scientific Talent Analysis Recognition adalah salah satu MEKANISMA untuk mengenal potensi diri bagi merancang masa depan yang lebih CEMERLANG DAN GEMILANG. Melalui keputusan kajian saintifik terhadap diri kita, kita akan lebih MENGENALI siapa diri kita yang sebenarnya yang diciptakan oleh ALLAH seterusnya kita akan mampu MENSYUKURI setiap kelebihan dan kekurangan diri , itulah kesempurnaan diri kita yang diciptakan Allah dengan peranannya tersendiri dimuka bumi ini.” (Ustaz Md Hakim Tamam)

Saya memilih untuk menjalani analisa ini untuk anak kerana ingin mengetahui personaliti, cara belajar dan cara komunikasi supaya saya dan suami dapat memenuhi keperluan diri Ahmed untuk mencapai potensi diri”(Puan Mazni Sahabudin)
Satu program yang amat menarik dalam mengenal diri dan anak-anak.. Program ini dapat membantu memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri dan anak-anak. Atau lebih mudah adalah dapat positioning anak-anak pada platform yang betul dan saya rasa program ini sangat best! (En Zamzairi)

It’s a very good program especially kalau kita nak tahu kita punya innate capabilities. Setiap orang lahir dengan different form of parameters dan dapat kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Saya, isteri dan anak-anak done this dan clear dengan kekuatan dan kelemahan yang boleh kami perbaiki dan dari sini juga ada recommendation untuk polish it. It’s highly recommended this program because not everyone understand their innate capabilites! (En Azuree)

Setelah saya buat analisis ini untuk anak, Alhamdulillah saya amat  berterima kasih dan amat gembira dan sudah kenalpasti potensi anak yang mana selama ini saya rasa saya amat memahami diri anak-anak. Apa ang kita rasa itu sebenarnya ada kelainan apabila telah buat analisis ini dan dapat memperbaiki cara kita dalam memahami dunia anak dan diri sendiri juga dalam mendidik anak. (Puan Manja)

Walaubagaimana pun, pengalaman menjadi konsultan dalam berkongsi akan salah satu kaedah dalam mengenal pasti kecenderungan diri, pucuk pangkal adalah dari diri juga sama ada mahu mengambil tindakan untuk berubah ataupun tidak. Hal ini kerana, faktor persekitaran amatlah mempengaruhi dalam klien mengasah potensi dan bakat yang telah pun diketahui.

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mengubah tingkah laku dan perkembangan seseorang. Hatta buatlah bermacam jenis penilaian potensi diri dan bakat semulajadi sekalipun, andai sikap lama tidak diubah, ia tetap ditakuk lama, mundur dan tiada kejayaan.

Faktor persekitaran yang dimaksudkan pertamanya adalah faktor asuhan keluarga. Ibu bapa bukan sahaja terikat dengan pertalian darah, akan tetapi punya juga pertalian sosial dan emosi. Dalam laporan analisis sebanyak 52 muka surat ini akan menceritakann satu persatu kekuatan dan kelemahan anak yang dapat dikenalpasti, di asah dan diperbaiki. Sokongan amatlah penting dalam menjadikan setiap nya kepada satu sikap yang wajib dicontohi.

Faktor kedua ialah rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya juga mainkan peranan penting dalam memberi suntikan semangat dalam menjadikan potensi semulajadi mencapai ke arah yang paling maksimum. Sebagai contoh, seorang anak mempunyai cara belajar kinestetik tinggi, perlukan ‘hands on’ dan kerja berpasukan maka beliau haruslah mencari rakan-rakan yang dapat membantu dalam menjadikan suasana belajar lebih seronok. 

Mudahnya apabila kita sudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri, secara tidak langsung kita kan tergerak untuk merancang dalam setiap tindakan. Secara tidak langsung mendedahkan anak tentang manakah channel deria anak yang paling hebat juga dapat dikesan. Serap, faham, hafal dan hadam setiap maklumat lebih cepat dalam menguasai kekuatan dan kelemahan dapat membantu capaian yang maksima dalam apa jua keadaan.

Ramai orang di Malaysia lakukan trial and error serta ikut-ikutan dalam pendidikan serta membangunkan kebolehan anak. Bahaya cara begini, kerana perlu melabur banyak dan menyebabkan anak mudah bosan kerana tidak menepati keupayaan mereka yang sebenar. Justeru itu, apabila kenalpasti kecenderungan pastinya dapat menggilap potensi mereka untuk kecemerlangan sepanjang hayat.

“Only you hold the key to your true potential”, kenapa perjuangan dan impian membangunkan modal insan ini diteruskan adalah kerana terbukti analisis ini membantu: 

1. Mengenal potensi utama dalam diri
2. Mermbongkar kecenderungan diri
3. Menilai kecenderungan kepelbagaian kepintaran
4. Mencari watak sebenar dalam diri
5. Menyubur komunikasi dalam keluarga/pasangan
6. Memfokuskan pada bakat sebenar
7. Membantu memahami gaya belajar dalam menguasai proses belajar
8. Membolehkan setiap individu berusaha mencapai kejayaan dengan cara tersendiri

Pucuk pangkal, kita yang perlu menggerakkan diri sendiri dalam mencapai kecemerlangan  yang kita inginkan dalam kelompok yang kita pilih. Hal ini kerana analisis potensi diri ini adalah penerokaan bakat dan potensi untuk mencapai lebih kejayaan, kebahagiaan dan mengakui akan kebesaran Allah yang ada dalam diri kita. Biarpun wujud perbahasan antara faktor genetik dan juga faktor persekitaran, pandangan iniamat subjektif. 

Hasil sains dan psikologi ini menyediakan cara cepat dan short cut untuk betul-betul mengenali diri secara komprehensif. Kita punya kuasa memilih yang mana terbaik mengikut keperluan. Impian demi masa hadapan, pertambahan ramai ibu bapa dan anak celik minda dan emosi akan kepentingan analisis bakat dan potensi diri ini, supaya dari seawal usia kita mampu untuk menghasilkan generasi ulul albab berdiri di atas bakat dan potensi sendiri.

Insya Allah.











Resepi Pes Kari


Teks: Maslizatul Ayu

Pernah terjumpa seller jual satu bekas kecil seperti dalam gambar ketiga itu dalam Rm5-6 seberat +-500g. Jom tambah kerajinan dengan buat sendiri, mudah rupanya🥰

Resepi Pes Kari

Bahan-bahan
Minyak Masak 1 cawan
Bawang sederhana besar 5-6biji
Bawang putih setengah labu / 5-6ulas
Halia muda/tua 3 inci
Rempah kari ikan 10 sudu @ 1 paket sederhana besar

Bunga lawang 5-6 kuntum
Buah pelaga 10 biji
Kulit Kayu manis 3 batang

Kisar semua bahan kecuali rempah tiga sekawan dan daun kari

Cara masak
1. Tumis rempah tiga sekawan dan daun kari dengan minyak masak yang panas
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak
3. Sejukkan dalam suhu bilik seketika dan asingkan dalam bekas @ plastik dan bekukan
4. Mahu masak nanti defrost pes, boleh lah masukkan sedikit air, santan, kentang, daun kari (option sebab dah masukkan semasa masak pes), air asam jawa, garam, gula perang dan kicap cair sedikit. Seimbang rasa semuanya masukkan lah ikan.

Selamat mencuba🤗

p/s:
1. Pes ini jika dibekukan tahan sehingga 6bulan
2. Defrost malam nya dalam chiller andai mahu masak esok hari

#notamaslizatulayu
#LensaAyuIlies








Monday 26 November 2018

Perjalanan Bisnes Kek Cheezyleleh

Teks: Maslizatul Ayu

Sekitar tahun 2016, ketika ini mengharapkan dapat menjana pendapatan dari rumah. Usia fatihah maisarah menjengah ke usia setahun. Maka bermula lah episod cuba jaya baking kek. Tahun ini juga facebook page Azlina Ina hangat diperkatakan apabila beliau berkongsi cara mudah buat kek dan jual. Seorang insan yang tidak kedekit ilmu baking, perkongsian beliau menjadi perbualan hangat dan rezeki buat suri rumah yang mencari sumber pendapatan tapi tidak mampu untuk hadir kelas berbayar.

Kepada Allah sahaja yang saya mampu untuk panjatkan doa yang baik-baik buat cikgu Azlina Ina. Bermodalkan RM200 di tangan ketika itu, puas saya mencari kedai yang dapat beri harga yang tinggi  penjimatan. Bermula lah perjalanan Allah izinkan saya bertemu dengan kenalan satu persatu hulurkan bantuan dari segi resepi, cara membakar dan mengadun sehinggalah kedai pemborong barang-barang kek. Rezeki yang tidak disangka-sangka lagi pelanggan pertama saya adalah ibu mertua saya sendiri.

Allahuakbar, sungguh di luar jangkaan bila mana ibu mertua rasa kek cheezyleleh yang saya buat dan siap tempah lebih untuk di bawa ke tempat kerja dan beri rakan sekerja nya rasa. Di sini semua nya bermula! Permintaan semakin lama semakin memberangsangkan. Kawan-kawan ibu senantiasa ulang tempahan demi tempahan. Testimoni dari ibu dan kawan-kawan ibu, saya miat naik dan kongsi di facebook. Kawan-kawan saya dan suami pula menempah kek yang saya jual ini, Subhanallah Alhamdulillah, sujud Syukur saya akan rezeki ini.

Semasa mula-mula buat kek, saya hanya menggunakan oven 1liter hadiah kahwin yang saya terima. Ketika itu, membakar kek menjadi lama kerana hanya muat satu loyang sahaja dan tempoh pembakaran selama 10-15minit. Bersengkang mata sehingga subuh apabila permintaan tinggi. Ketika itu juga, mixer tangan jenama pensonic, sungguh makan masa untuk menyiapkan kek yang ambil masa sehingga 10-20 minit putaran sehingga gebu.

Pernah beberapa kali kawan satu ofis dahulu menempah sehingga 80peket cheezyleleh, hasil keuntungan dari tempahan ini dapatlah saya membeli oven yang besar sedikit,  tambahan loyang dan beberapa perkakasan kek. Bak kata pepatah, bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Syukur saya mula memahami bukan mudah untuk menggapai bintang di langit andai tidak meletakkan usaha yang bersesuaian.

Saya pernah dilamar oleh makngah, Puan Mazna untuk letak kek di kedai yang beliau sendiri cadangkan di sekitar gombak, sempat hantar untuk beberapa bulan sahaja dan atas sebab tertentu terpaksa dihentikan. Seronok kenalan dan pelanggan yang tahu ketika itu, mudah untuk mereka dapatkan sehinggalah kek dah habis, pasti masuk mesej dari pelanggan maklumkan pada saya yangt kek saya sold out, dan minta buatkan lagi. Alhamdulillah.

Kini, 2018 saya telah mempunyai pelanggan tetap dan berhajat mahu hantar ke kedai kek bagi memudahkan pelanggan untuk dapatkan bila-bila masa apabila mereka teringin akan nya. Akan tetapi saya perlu fokus dengan Aina Marissa yang baru genap setahun ini dahulu baru lah dari masa ke semasa saya akan memasang niat dan merancang strategi. Acapkali saya berdoa dengan Allah agar percepatkan apa yang terbaik buat saya.

Sepanjang saya baking, saya juga yang buat penghantaran kepada pelanggan. InsyaAllah, direzekikan saya turut memasang impian untuk melebarkan sayap bisnes kek cheezyleleh ini. Fokus saya tertumpu kepada kek vanila cheezyleleh aneka topping dan juga kek coklat hantu/lava cheezy. Mana tahu ada rezeki dapatlah saya belajar lebih lagi tentang teknik dan jenis kek lain yang boleh dipasarkan, InsyaAllah.

Ada dua jenis resepi yang saya suka buat untuk kek vanila cheezyleleh dan satu resepi bagi kek coklat hantu lava cheezy. InsyaAllah, next posting saya kongsikan resepi nya ya.