Showing posts with label Kuasai Ilmu Tajwid. Show all posts
Showing posts with label Kuasai Ilmu Tajwid. Show all posts

Tuesday, 4 December 2018

Jom Kenal Huruf-Huruf Hijaiyyah

Teks: Maslizatul Ayu

Alif..ba..ta..tsa..jim..ha..kho
Ternyanyi pula, hihi. Umi Ayu ni boleh dikatakan setiap hari pastinya akan melagukan huruf-huruf hijaiyyah buat Fatihah Maisarah dan Aina Marissa sebagai halwa telinga mereka. Biar anak-anak didedahkan dahulu dengan huruf-huruf al Quran, kerana pembelajaran al Quran ini sepanjang zaman, hayat.

Belajar sambil bernyanyi, mudah ingat ditambah lagi dengan bahan bantu mengajar, lagi lah ingat kan. InsyaAllah.

Umi: lafaz basmalah dan mula mengajar. (Anak-anak murid tu haa, siapa lagi fatihah dan aina).
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh. Hari ini, Cikgu Ayu mahu ajar huruf-huruf      hijaiyyah. Terdapat 29 huruf-huruf hijaiyyah ya, jom ikut cikgu baca!

Alif
Ba
Tsa
Jim
Ha
kho
Dal
Dzal

Fatihah: Alif, Ba, Ta, Tsa...

Umi dapat lihat keterujaan Aina juga walaupun belum pandai bercakap lagi.

Setiap 29 huruf-huruf hijaiyyah ini akan dilagukan, di tulis (umi akan tulis dot dot huruf dan fatihah akan sambung-sambungkan), baca dan baca konsisten setiap hari.




Dalam ilmu tajwid, huruf alif sahaja tidak boleh menerima tanda bacaan (harakat dan sukun).
Selain dari huruf alif, semua nya boleh menerima tanda bacaan (harakat dan sukun) Mudah untuk diingati akan huruf-huruf hijaiyyah, umi terus tulis di atas pinggan kertas dan tampal begini.

Boleh lah main role play bersama anak-anak. Sambil menekankan ilmu tajwid kemudiannya.





Sumber gambar: Maslizatul Ayu 





Monday, 3 December 2018

Apa itu Ilmu Tajwid

Teks: Maslizatul Ayu

Daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.  (Riwayat Muslim).

Apa itu Ilmu Tajwid
Tajwid pada bahasa ialah memperelokkan atau menghaluskan bacaan.

Tajwid pada istilah ialah:
1. Membaca al Quran menurut hukum-hukum yang tertentu
2. Mengucapkan huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya serta menunaikan hak setiap huruf itu sama ada sifatnya yang asli atau yang mendatang

Fadhilat Ilmu Tajwid sepertimana firman Allah dalam al Quran, surah al-Muzammil ayat 4
“Dan bacalah al-Quran dengan tartil. Seringkali kita mendengar Hadis ini dimana Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari “semulia-mulia di kalangan kamu adalah yang belajar al-Quran dan yang mengajarkan nya.” Sesungguhnya beruntung bagi yang mempelajari al Quran dan tajwid serta mengajarkan kepada orang lain.

Hukum mempelajari ilmu tajwid terbahagi kepada dua bahagian, pertama iaitu fardu kifayah yang membawa maksud kepada mempelajari ilmu tajwid, merangkumi istilah-istilah serta hukum yang berkaitan. Kedua iaitu fardu ain bilamana membaca al-Quran dengan bertajwid.

Tujuan mempelajari ilmu tajwid ini adalah untuk memelihara bacaan al Quran daripada kesalahan yang dibuat melalui lisan (lidah). Adalah dituntut sebenarnya kita mencari guru al Quran dan tajwid yang bertauliah untuk belajar menyebut huruf-huruf dalam al Quran, sesuai dengan makhrajnya dan betul bacaan tajwid nya.

Adapun banyak buku rujukan tajwid yang boleh dibeli dan belajar sendiri, lebih afdhal mencari guru supaya bacaan al Quran yang dibaca mengikut tartil nya. Belajar berhadapan dengan guru al Quran dapat membantu menyelesaikan masalah tajwid dengan berkesan, InsyaAllah


Sumber gambar: Maslizatul Ayu