Monday 3 December 2018

Apa itu Ilmu Tajwid

Teks: Maslizatul Ayu

Daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.  (Riwayat Muslim).

Apa itu Ilmu Tajwid
Tajwid pada bahasa ialah memperelokkan atau menghaluskan bacaan.

Tajwid pada istilah ialah:
1. Membaca al Quran menurut hukum-hukum yang tertentu
2. Mengucapkan huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya serta menunaikan hak setiap huruf itu sama ada sifatnya yang asli atau yang mendatang

Fadhilat Ilmu Tajwid sepertimana firman Allah dalam al Quran, surah al-Muzammil ayat 4
“Dan bacalah al-Quran dengan tartil. Seringkali kita mendengar Hadis ini dimana Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari “semulia-mulia di kalangan kamu adalah yang belajar al-Quran dan yang mengajarkan nya.” Sesungguhnya beruntung bagi yang mempelajari al Quran dan tajwid serta mengajarkan kepada orang lain.

Hukum mempelajari ilmu tajwid terbahagi kepada dua bahagian, pertama iaitu fardu kifayah yang membawa maksud kepada mempelajari ilmu tajwid, merangkumi istilah-istilah serta hukum yang berkaitan. Kedua iaitu fardu ain bilamana membaca al-Quran dengan bertajwid.

Tujuan mempelajari ilmu tajwid ini adalah untuk memelihara bacaan al Quran daripada kesalahan yang dibuat melalui lisan (lidah). Adalah dituntut sebenarnya kita mencari guru al Quran dan tajwid yang bertauliah untuk belajar menyebut huruf-huruf dalam al Quran, sesuai dengan makhrajnya dan betul bacaan tajwid nya.

Adapun banyak buku rujukan tajwid yang boleh dibeli dan belajar sendiri, lebih afdhal mencari guru supaya bacaan al Quran yang dibaca mengikut tartil nya. Belajar berhadapan dengan guru al Quran dapat membantu menyelesaikan masalah tajwid dengan berkesan, InsyaAllah


Sumber gambar: Maslizatul Ayu

No comments:

Post a Comment