Sunday 2 December 2018

Cara Kenal Potensi Diri dan Bakat Semulajadi, Pengalaman sebagai Konsultan


Teks: Maslizatul Ayu


Pekerjaan sebagai Suri Rumah boleh tahan cabarannya! Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah suri rumah berhadapan  dengan tugasan harian yang di ulang-ulang untuk setiap hari tanpa henti. 24 jam satu hari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Akan tetapi, apabila mengenal potensi diri, tidak betah duduk dalam memberi nilai tambah buat insan sekeliling. Maka tercetuslah idea bekerja dari rumah.

Meletakkan tanggungjawab mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak sebagai fokus utama tetapi pada masa yang sama melakukan urusan yang tidak berkait antaranya membuat perniagaan barangan seperti online business menjadi dropship habasyi madubaking kek dan nyalarasa tinggi pada kerjaya freelance sebagai konsultan potensi diri dan bakatsemulajadi.


Pernahkah kita terfikir kenapa Allah ciptakan corak saraf pada jari dan tapak tangan, jari dan tapak kaki? Ahli Genetik membuktikan bahawa cap jari berasal dari keturunan dan tidak akan berubah sepanjang umur. Apakah itu dermatoglifik? Dermatoglifiks adalah kajian tentang cap jari (Bahasa Greek: Derma = “Kulit”, glyph = “ukiran”). Berasaskan kajian embriogenesis, pembentukan cap jari bermula sejak minggu ke-13 sehingga minggu ke -19 kehamilan.
#timkonsultanalignthoughtssdnbhd


Pembentukan cap jari adalah setara dengan pembentukan otak dalam janin. Oleh itu, kepintaran pelbagai dan corak cap jari adalah berhubungan rapat. Menurut Professor Dr Howard Gardner, penulis buku “The Theory of Multiple Intelligence”, setiap orang mempunyai kepintaran pelbagai yang merupakan kekuatan diri masing-masing. Beliau juga menunjukkan bahagian-bahagian otak yang menguasai kepintaran pelbagai yang berbeza. 

Aplikasi dermatoglifik dalam bidang sains dan perubatan ini hasil dari gabungan kajian psikologi, sains perubatan, genetik,embriogenesis, kajian tingkah-laku, NLP (Neuro-Linguistic Program) dan sebagainya. Dermatoglifik merupakan alat yang paling baik dan mudah untuk “memahami” mesej otak. Tiada dua insan di dunia ini mempunyai DNA yang sama, begitu juga cap jari hatta kembar sekalipun.

Disebabkan keunikan cap jari dan coraknya tidak akan berubah seumur hidup, badan kerajaan Amerika CIA dan FBI menggunakannya untuk identifikasi DNA dan kajian kes jenayah. Pada tahun 1970an, Rusia menggunakan dermatoglifiks dalam pemilihan ahli sukan pertandingan Olimpiks. Justeru itu, kebaikan dermatoglifiks dalam memahami kepintaran pelbagai seseorang secara keseluruhan amat mudah, termasuk cara pembelajaran berkesan untuk diri.

Tambahan lagi, ianya tidak terpengaruh oleh faktor-faktor seperti latar belakang, alam persekitaran, kesihatan dan emosi. Kestabilan analisis diyakini dalam membekalkan maklumat keturunan yang saintifik, mudah, tiada kesakitan atau kecederaan, tidak perlu menjawab sebarang soalan hanyalah perlu imbasan sepuluh jari tangan. 

Kalau kita perhatikan dengan lebih teliti dan terperinci, di hujung jari-jari kita semua punya lorekan yang selama ini kita tidak ketahui makna nya yang tersirat. Hasil kajian barat menemukan setiap lorekan jari itu mempunyai kaitan yang erat dengan lima belahan otak manusia. Setiap perkaitan dapat memberi kesimpulan bahawa otak mempunyai potensi pelbagai.
Kajian mendapati ada jari yang terkait dengan otak bahagian depan, tengah, belakang dan tepi. Bahagian otak ini dinamakan "lobus". Lobus-lobus ini bagaikan sebuah folder tertentu. Manakala setiap folder ini mempunyai cara kerja masing-masing. Ada bahagian berfikir, membuat keputusan, komunikasi, pergaulan dan tindakan. Kelima-lima folder ini bersambung dengan ke lima jari manusia kiri dan kanan
Kecenderungan bahagian otak yang paling kuat dan aktif dan tahu apakah perkara uang perlu diperkasakan. Setiap fungsi otak perlu dilatih dan diberi rangsangan yang betul. Seronoknya dalam laporan analisis ini ada disertakan cadangan aktiviti yang boleh mengaktifkan sepuluh bahagian otak. Kita juga akan tahu kemampuan pembelajaran, kecenderungan quotient, cara kerja dan macam-macam lagi. Penting untuk tahu setting operasi anak-anak sebelum installprogram yang sesuai untuk boost kejayaan mereka.
Diri sendiri dan anak-anak menjadi bahan ujikaji hasil laporan bakat dan potensi diri ini di samping menghebahkan kepada dunia luar akan kepentingan mengenal kecenderungan diri.Nyalarasa dalam pembangunan diri lebih menjurus ke arah bidang psikologi, cakna minda akan tingginya keinginan untuk berkongsi ilmu yang ada tidak bertepi. Syukur apabila terjun ke bidang ini, sedikit sebanyak dapat memahami situasi yang perlukan jawapan apabila dicari.

Ibu adalah madrasah pendidikan pertama bagi seorang anak sebelum anak mengenal dunia luar. Anak adalah amanah sekaligus ujian bagi kedua ibu bapanya yang mana akan dipertanggungjawaban oleh Allah. “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ( Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Iman tidak diwarisi, tapi hadir dari didikan ibu bapa seiring dengan redha Ilahi. 

Refleksi diri berkali-kali akan amanah yang diberi. Wanita yang bergelar isteri dan umi ini nekad kerana memegang pada prinsip akan rezeki Allah itu pasti. Bukan mudah untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak. Ianya amat menguji mental, fizikal dan emosi sendiri. Sehinggalah mengaplikasikan ilmu pendidikan awal kanak-kanak , ilmu keibubapaan dan mengenalpasti bakat dan potensi semulajadidengan mereka yang berada disisi. 

Ibu muda, perlukan ilmu untuk mengenal fitrah anak-anak. Andai tidak kenal akan keunikan yang ada pada anak, maka akan wujudlah perbandingan demi perbandingan antara anak kita dengan anak orang lain. Pemikiran sebegini haruslah dihindari, silap-silap makan diri sendiri dan mencetuskan punca tekanan pada diri dan anak sendiri. Setiap individu sebenarnya unik. Bakat dan potensi semulajadi adalah pencetus terbaik untuk dibangunkan dan digembleng.

Hati-hati tentukan potensi bakat anak! Acapkali kita lihat,dengar dan maklum akan sesetengah ibu bapa seolah-olah tahu akan bakat dan minat anak-anak sedangkan ianya adalah harapan yang dicipta ke atas anak. usahlah kita memaksa anak-anak menempuh sesuatu yang tidak sesuai denganpotensi mereka, apalagi tidak diminati. Hal itu sama sahaja seperti kita ‘memenjarakan’ anak-anak yang di luar fitrahnya sendiri.

Disebabkan hal ini, tidak betah duduk dibuatnya memikirkan akan hal membangunkan modal insan. Pengetahuan mengetahui bakat dan potensi diri semakin meluas, akan tetapi peratusan yang sedar akan kepentingan nya masih lagi di tahap rendah. Jelaslah betapa peri pentingnya usaha untuk mencari serta membangunkan potensi diri yang ada dalam diri kita semua.

Pepatah kata, tak kenal maka tak cinta. Malah analisis ini bukan setakat kenal, ia akan membantu kita mengendalikan diri anak-anak. Sebagai ibu bapa juga akan tahu bagaimana untuk tingkatkan motivasi, bagaimana untuk membantu di saat perlu apabila berhadapan dengan situasi negatif, mengurus stress berdasarkan karakter pada masa yang sama.Selain itu, ibu bapa juga dapat merujuk cadangan aktiviti untuk penambahbaikan dalam pencapaian.

Bakat, kepintaran, kecerdasan boleh dianalisa, diukur dan juga dinilai secara sistematik lagi saintifik. Tambahan lagi, apabila dapat perkongsian dari klien analisis potensi diri menaikkan semangat dan waja diri. Hati ini puas apabila klien mengambil tindakan melakukan buat anak-anak dalam imbasan cap jari untuk ketahui potensi yang dapat digilap dari awal usia lagi.

Scientific Talent Analysis Recognition adalah salah satu MEKANISMA untuk mengenal potensi diri bagi merancang masa depan yang lebih CEMERLANG DAN GEMILANG. Melalui keputusan kajian saintifik terhadap diri kita, kita akan lebih MENGENALI siapa diri kita yang sebenarnya yang diciptakan oleh ALLAH seterusnya kita akan mampu MENSYUKURI setiap kelebihan dan kekurangan diri , itulah kesempurnaan diri kita yang diciptakan Allah dengan peranannya tersendiri dimuka bumi ini.” (Ustaz Md Hakim Tamam)

Saya memilih untuk menjalani analisa ini untuk anak kerana ingin mengetahui personaliti, cara belajar dan cara komunikasi supaya saya dan suami dapat memenuhi keperluan diri Ahmed untuk mencapai potensi diri”(Puan Mazni Sahabudin)
Satu program yang amat menarik dalam mengenal diri dan anak-anak.. Program ini dapat membantu memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri dan anak-anak. Atau lebih mudah adalah dapat positioning anak-anak pada platform yang betul dan saya rasa program ini sangat best! (En Zamzairi)

It’s a very good program especially kalau kita nak tahu kita punya innate capabilities. Setiap orang lahir dengan different form of parameters dan dapat kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Saya, isteri dan anak-anak done this dan clear dengan kekuatan dan kelemahan yang boleh kami perbaiki dan dari sini juga ada recommendation untuk polish it. It’s highly recommended this program because not everyone understand their innate capabilites! (En Azuree)

Setelah saya buat analisis ini untuk anak, Alhamdulillah saya amat  berterima kasih dan amat gembira dan sudah kenalpasti potensi anak yang mana selama ini saya rasa saya amat memahami diri anak-anak. Apa ang kita rasa itu sebenarnya ada kelainan apabila telah buat analisis ini dan dapat memperbaiki cara kita dalam memahami dunia anak dan diri sendiri juga dalam mendidik anak. (Puan Manja)

Walaubagaimana pun, pengalaman menjadi konsultan dalam berkongsi akan salah satu kaedah dalam mengenal pasti kecenderungan diri, pucuk pangkal adalah dari diri juga sama ada mahu mengambil tindakan untuk berubah ataupun tidak. Hal ini kerana, faktor persekitaran amatlah mempengaruhi dalam klien mengasah potensi dan bakat yang telah pun diketahui.

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mengubah tingkah laku dan perkembangan seseorang. Hatta buatlah bermacam jenis penilaian potensi diri dan bakat semulajadi sekalipun, andai sikap lama tidak diubah, ia tetap ditakuk lama, mundur dan tiada kejayaan.

Faktor persekitaran yang dimaksudkan pertamanya adalah faktor asuhan keluarga. Ibu bapa bukan sahaja terikat dengan pertalian darah, akan tetapi punya juga pertalian sosial dan emosi. Dalam laporan analisis sebanyak 52 muka surat ini akan menceritakann satu persatu kekuatan dan kelemahan anak yang dapat dikenalpasti, di asah dan diperbaiki. Sokongan amatlah penting dalam menjadikan setiap nya kepada satu sikap yang wajib dicontohi.

Faktor kedua ialah rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya juga mainkan peranan penting dalam memberi suntikan semangat dalam menjadikan potensi semulajadi mencapai ke arah yang paling maksimum. Sebagai contoh, seorang anak mempunyai cara belajar kinestetik tinggi, perlukan ‘hands on’ dan kerja berpasukan maka beliau haruslah mencari rakan-rakan yang dapat membantu dalam menjadikan suasana belajar lebih seronok. 

Mudahnya apabila kita sudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri, secara tidak langsung kita kan tergerak untuk merancang dalam setiap tindakan. Secara tidak langsung mendedahkan anak tentang manakah channel deria anak yang paling hebat juga dapat dikesan. Serap, faham, hafal dan hadam setiap maklumat lebih cepat dalam menguasai kekuatan dan kelemahan dapat membantu capaian yang maksima dalam apa jua keadaan.

Ramai orang di Malaysia lakukan trial and error serta ikut-ikutan dalam pendidikan serta membangunkan kebolehan anak. Bahaya cara begini, kerana perlu melabur banyak dan menyebabkan anak mudah bosan kerana tidak menepati keupayaan mereka yang sebenar. Justeru itu, apabila kenalpasti kecenderungan pastinya dapat menggilap potensi mereka untuk kecemerlangan sepanjang hayat.

“Only you hold the key to your true potential”, kenapa perjuangan dan impian membangunkan modal insan ini diteruskan adalah kerana terbukti analisis ini membantu: 

1. Mengenal potensi utama dalam diri
2. Mermbongkar kecenderungan diri
3. Menilai kecenderungan kepelbagaian kepintaran
4. Mencari watak sebenar dalam diri
5. Menyubur komunikasi dalam keluarga/pasangan
6. Memfokuskan pada bakat sebenar
7. Membantu memahami gaya belajar dalam menguasai proses belajar
8. Membolehkan setiap individu berusaha mencapai kejayaan dengan cara tersendiri

Pucuk pangkal, kita yang perlu menggerakkan diri sendiri dalam mencapai kecemerlangan  yang kita inginkan dalam kelompok yang kita pilih. Hal ini kerana analisis potensi diri ini adalah penerokaan bakat dan potensi untuk mencapai lebih kejayaan, kebahagiaan dan mengakui akan kebesaran Allah yang ada dalam diri kita. Biarpun wujud perbahasan antara faktor genetik dan juga faktor persekitaran, pandangan iniamat subjektif. 

Hasil sains dan psikologi ini menyediakan cara cepat dan short cut untuk betul-betul mengenali diri secara komprehensif. Kita punya kuasa memilih yang mana terbaik mengikut keperluan. Impian demi masa hadapan, pertambahan ramai ibu bapa dan anak celik minda dan emosi akan kepentingan analisis bakat dan potensi diri ini, supaya dari seawal usia kita mampu untuk menghasilkan generasi ulul albab berdiri di atas bakat dan potensi sendiri.

Insya Allah.











No comments:

Post a Comment