Tuesday 13 November 2018

Cara buat Sambal Serbaguna dan Terus Masak Sambal Bali Ayam

Teks: Maslizatul Ayu

Ibu-ibu mesti lega sangat apabila stok sambal serbaguna sentiasa ada dalam simpanan setiap masa. Kerja di dapur pasti nya pantas dan menyenangkan. Iya lah, mahu masak asam pedas, sambal tumis, sambal bali, dan bermacam lagi menu yang memerlukan stok sambal serbaguna ini wajib ada dalam peti sejuk.

Semestinya ramai sudah tahu akan cara sediakan stok sambal serbaguna ini. Saya kongsikan cara saya ya!

Step 1
Cili kering saya kisar kering bagi mengeluarkan biji nya dahulu. Saya menggunakan pemproses makanan yang ternyata serbaguna dan multi fungsi.  Saya amat puas hati 99% biji cili tiada.
Selepas itu, saya buang biji dan basuh bersih cili kering tersebut untuk dikisar bersama bawang merah dan bawang putih.

 Cili kering di kisar halus menggunakan pemproses makanan.

 99% biji cili berjaya diasingkan.

Cili kering dibasuh bersih dan sedia untuk dikisar halus.

Step 2:
Saya kisar cili kering menggunakan minyak masak dahulu, selepas itu saya masukkan bawang merah dan bawang putih. sedikit air panas saya masukkan bagi melancarkan proses kisaran.


Step 3
Disebabkan kisaran tidak begitu halus seperti yang saya inginkan semasa menggunakan pemproses makanan ini, ianya disebabkan mata pisau nya besar, maka saya kisar semula menggunakan blender biasa. fokus utama saya adalah mahu biji cili itu tiada lagi. tidak mengapa dua kali kerja, hihi. Selepas ini, saya guna blender biasa sahaja untuk kisaran. pemproses makanan saya tumpu kepada buang biji cili sahaja. Saya tambah sedikit lagi air panas. Mudah apabila diasingkan ikut keperluan. Saya letak dalam plastik sahaja. Sedia digunakan!



Step 4 :
Rancang menu, dan sediakan bahan tambahan sahaja selepas itu. Saya terfikir mahu masak sambal bali ayam, saya ambil stok sambal serbaguna dan sekadar tambah bahan lain seperti belacan, halia, serai, daun kari, gula, garam, renjisan kicap manis. selepas itu saya masukkan sahaja ayam goreng separuh masak. Sedia dihidang!



goreng serai sehingga kecoklatan.

masukkan daun kari dan hati-hati ya, merecik minyak akibat sedikit.


Masukkan stok sambal serbaguna. asal resepi stok ini tiada 1/2 ibu jari belacan dan 1 inci halia, maka saya kisar sekali lagi dua bahan tersebut.


Sambal sudah garing dan pecah minyak.

Saya lupa mahu ambil gambar enam kali renjisan kicap manis jenama Enaq. Masukkan juga 4sudu besar gula perang dan 2sudu kecil garam himalaya.

Sambal Bali siap untuk dimasukkan ayam goreng separuh masak dan digaul sebati. Sedap dimakan selepas sejam ayam tersebut mesra bersama dengan sambal bali ini.

Alhamdulillah.

1 comment: