Thursday 15 November 2018

Kelas Phop?

Teks: Maslizatul Ayu

Tanggal 12 September 2018, bermula perjalanan saya mempelajari ilmu fotografi menggunakan telefon pintar atau fotofon bersama Cikgu Lini Mohd.  Kelas teori satu hari atas talian, pelbagai teknik yang Cikgu Lini kongsikan. Kelas bermula jam 9:05 malam berakhir pada jam 12:30pagi. Setelah teori diajar, terdapat empat tugasan yang akan diberikan dan setiap tugasan akan diberi tempoh masa selama 5-7 hari dan perlu dihantar pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Gelaran cikgu petir tidak asing lagi kerana kumpulan saya ini adalah kumpulan yang ke 11 (batch kedua), kiranya Cikgu Lini sudah lama buat kelas dan terbukti ramai pelajar-pelajar nya berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam  menghasilkan gambar yang terbaik sekali! Subhanallah. Gelaran cikgu petir saya tidak pasti kenapa, akan tetapi setelah sebulan belajar dan tidak pernah tidak hantar ke empat tugasan yang diberikan.

Lebih dari 200 orang pelajar atas talian menerusi aplikasi telegram bertungkus lumus dan berkobar-kobar dengan tugasan yang diberi. Cikgu akan memilih 40 gambar dari ratusan yang hantar dan  seorang yang terpilih dari 40 gambar itu akan diberi hadiah berupa semburan pewangi fabrik. Tidak terjangkau dek akal, ratusan gambar akan cikgu halusi, teliti dan beri komen yang membina. Saya sangat teruja akan kesungguhan beliau.

Walaupun yuran kelas hanyalah RM30, dan dapat sebotol semburan pewangi fabrik percuma tapi ilmu yang dikongsi tidak ternilai. Saya rasa seolah-olah masuk kelas percuma! Selepas batch saya, yuran telah pun dinaikkan, Alhamdulillah rezeki saya daftar awal. Tugasan yang diberi pada mula nya adalah lebih kepada gambar produk andai pelajar ada berniaga apa-apa produk makanan, barangan bayi dan sebagai nya. Jika tidak berniaga, boleh sahaja gambar produk lain.

Saya pula berniaga online madu tualang (madu quad), habbatussauda, madu herba dan minyak zaitun dara. Terlalu banyak pilihan produk buat saya bunyu untuk memilih. Kata Cikgu Lini, dalam dunia fotografi, kita perlu cipta mood dalam gambar, supaya audien tidak mudah bosan. Saya yang tiada pengalaman dalam dunia fotografi menggunakan telefon pintar yang sebelum ini main taram sahaja ambil gambar, kini tidak lagi. Alhamdulillah, gambar saya terpilih dalam top 40.




Tugasan kedua pula lebih kepada potrait, tugasan ketiga donut dan tugasan terakhir warna pastel. Biarpun sekali sahaja tergolong dalam top 40, Ilmu yang dipelajari tersangat mahal dan saya sangat berterima kasih dengan cikgu. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa beliau. Baki tiga tugasan itu mood nya entah hilang ke mana, asal ada sahaja. Saya akan terus praktis dan banyak perubahan setiap kali update gambar di laman sosial facebook sendiri. Semakin puas hati, Alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment