Monday 12 November 2018

Kronologi Ibrah Musafir di Sabah



Teks: Maslizatul Ayu

Saya bermusafir berdua bersama fatihah maisarah ke Sabah menjalankan tugasan sebagai perunding potensi diri dan bakat semula jadi, analisis saintifik imbasan cap jari 10 jari tangan.  Di sana, saya perlu imbas cap jari 12 orang klien yang telah pun menanti kehadiran saya. ketika ini usia Fatihah Maisarah baru 10bulan. Gigih ber 'babywearing' dalam melaksanakan tugas. Syukur ada famili sebelah suami di sana, jimat kos untuk homestay. 


                                                                    Sumber Gambar: Maslizatul Ayu

Kronologi Ibrah Seorang Musafir 

23 Mei - 7 Jun 2016
Aturan Allah yang sangat Indah 
😊
Hasil laut sejuk beku tidak boleh bawa masuk ke dalam kargo Air Asia, perlu 'hand carry'😨, Allahuakbar! pertama kali, sungguh di luar pengetahuan. Bayangkan bagaimana umi mahu handcarry 15kg hasil laut sejuk beku naik atas flight, sambil mengendong fatihah dalam baby wrap? Mencari nahas nama nya ini!πŸ˜‚

31 Mei 2016
Di saat menanti kunjungan menyambut Ramadan, si isteri teruja apabila mendapati hasil laut yang sangat murah di Sabah, Berkira-kira mahu jadikan stok sahur dan iftar apabila pulang ke Semenanjung. Bayangkan, udang besar RM25 sekilo, Ikan Tenggiri RM18 sekilo, dan banyak lagi, maka tanpa fikir panjang, si Isteri pun membelinya dan sejuk bekukan, tanpa memikirkan kesusahan yang mendatang.
2 Jun 2016
Tidak menjangka akan menghadapi nikmat dugaan di mana pada tarikh ini Fatihah Maisarah dimasukkan ke Hospital Beaufort, Sabah dan didapati demam panas berserta acute tonsilitis. Ketika ini, hanya mengharap fatihah cepat sembuh. Bersendirian di Hospital menjaga fatihah, syukur mama Lela rajin membekalkan makanan. Alhamdulillah.

                                                                    Sumber Gambar: Maslizatul Ayu

4 Jun 2016
Flight pulang ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan fatihah yang masih lagi tidak surut, risau demam panasnya membawa kepada sawan. 
Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air, jadi kita perlu minum banyak air. Di saat anak demam, serta sakit dan luka gred 2 di bahagian tonsil nya, umi diam seketika, cuba pelbagai rawatan alami dari awal fatihah demam sehinggalah hari ke-4. Sehinggalah bibirnya merah menyala, merasai haba dari mulut fatihah ketika disusukan, Allah.. Allah.. Allah.. Mohon petunjuk mu Ya Rabb.
Tenang.. Tenang.. Umi tenang lagi.. Dalam masa yang sama, umi minta khidmat nasihat dari kenalan rapat, sahabat seperguruan dan keluarga. Alhamdulillah, mereka amat positif dan memberi sokongan moral. Apa yang umi fatihah ingin kongsikan ialah, di saat tenang, tenang jiwa, tenang hati, tenang minda, dan menyerahkan sepenuhnya pada Maha Pencipta, Subhanallah, Allahumma Ya Baari, Ya Rahman Ya Rahim, memberi jawapan, melalui alat perantaraan Nya juga, iaitu manusia.
Terharu, sungguh. Di saat tenang, dan fikiran kosong, banyakkan zikir hasbiyallah dalam hati, mata kelihatan seperti meraih simpati, mengharapkan sesuatu keajaiban. Dengan izin Allah, ada sahaja pertolongan yang diterima. Hari keempat, tiada daya, terus bawa fatihah ke hospital. Logik manusia, mungkin memegang pada prinsip rawatan alami, rawatan doktor, rawatan alternatif, rawatan perubatan islam, mahupun apa jua rawatan, jujur, katakan sahaja,semua nya umi ikhtiarkan.
Sejujurnya, umi menyerahkan segala nya pada Yang Maha Esa. Walau yakin bagaimana sekalipun dengan makhluk,ubatan, tapi yang menyembuhkan dengan izin Allah juga. Setiap kali umi makan habbatussauda dan kerap susukan fatihah, niat alirkan penyembuhan. Setiap masa kepala fatihah dituam dengan tuala basah, niat ya Allah, apa yang hamba mu buat ini hanyalah asbab, Kau jugalah Yang Maha Menyembuhkan. Banyak sekali umi niat minta ilham dan gerakan dari Allah,supaya tidak menganiaya diri sendiri dengan hanya menangis atau marah-marah, di mana, tiada kesudahan juga.
Pernah dinasihatkan oleh sahabat seperguruan, jika ingin berdoa.. Doa pada Allah diberi ujian yang kita mampu menanggungnya, bebanan yang mampu kita terima. Sejak dari itu, terus tukar, setiap kata-kata dari doa, pada yang spesifik sahaja. Allah Maha Mengetahui setiap isi hati hambanya kan.
Ketika ini memikirkan selain dari demam acute tonsilitis, faktor tumbuh tiga batang gigi, rindu akan ayah dan juga faktor cuaca dan persekitaran baru menjadi punca kepada demam yang dihidapi oleh fatihah. Kasih seorang ayah terhadap anaknya, maka Ayahnya turun jua ke Sabah, Alhamdulillah. demam kerinduan fatihah maisarah terubatSelepas melihat, memeluk dan mengadu pada ayahnya.  'baby babbling' tanpa henti menyatakan rasa rindu dua minggu tidak ketemu, dapat lihat kesihatan fatihah beransur pulih, Alhamdulillah. Wajah ceria kan fatihah dalam gambar di bawah.

                                                                   Sumber Gambar: Maslizatul Ayu
5 Jun 2016
Alhamdulillah, Fatihah dibenarkan keluar wad, sejurus discharge, umi selesaikan tugasan konsultansi potensi diri dan bakat semulajadi yang tergendala.


                                                                  Sumber Gambar: Maslizatul Ayu
6 Jun 2016
Dapat merasa sahur dan iftar di Sabah. Gembira sekali, terasa masa pantas berlalu.  Mata melirik ke arah jam dinding, Eh! dah nak berbuka puasa. Alhamdulillah,dapat juga nikmat berpuasa dan mengunjungi bazar ramadhan di Sabah. Terasa macam pelancong asing pula, hihi. 
Paling mengasyikkan suasana matahari terbenam nya, Masya Allah, laut mengelilingi damai sekali.
7 Jun 2016
Penerbangan pulang Kuala Lumpur jam 9 malam
Selesai sahaja iftar, bersiap untuk ke lapangan terbang, hasil laut siap dimasukkan dalam polistrene dan di 'seal' kan. Sampai sahaja, saya check in baggage, mereka tidak benarkan hasil laut sejuk beku tersebut masuk kargo, dan perlu bimbit sendiri masuk kapal terbang. Allahuakbar, Ketika itu, sesungguhnya, memanjat kesyukuran yang amat sangat, apabila melihat kelibat suami menguruskan segalanya.
Bayangkan, andai Allah tidak izinkan suami turun Sabah, umi gendong fatihah di depan, beg fatihah di belakang. 7.5kg Frozen di tangan kanan 7.5kg Frozen di tangan kiri. Adakah mampu kudrat seorang wanita yg kecil molek ini dan menapak sepanjang nak masuk kapal terbang dengan segala muatan berat tersebut?
Sumber Gambar: Maslizatul Ayu
Allahuakbar, nikmat apa lagi yang nak di dustakan. Subhanallah, Alhamdulillah syukur ya Allah.
Ibrah yang sangat2 mendidik dalam mensyukuri sekecil-kecil nikmat yang Allah berikan.
Terima kasih En Suami, Maaf dipinta kerana sering menjadi 'Badang' buat diri ini. πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š

Sumber Gambar: Maslizatul Ayu

Pengalaman menjalankan tugasan sebagai konsultan potensi diri dan semulajadi yang penuh dengan cabaran yang mendidik hati dan jiwa akan penyerahan penuh kepada Yang Maha Esa.

Alhamdulillah a'la kulli hal

Sumber Gambar: Maslizatul Ayu

No comments:

Post a Comment