Friday 16 November 2018

Nasi Daging Air Asam Pengikat Kasih Sayang

Teks : Maslizatul Ayu

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Korban, setiap penghuni islam flat PPR Desa Petaling pasti akan kupon daging korban percuma dan keluarga saya juga tidak terkecuali, mak pula akan beli daging tambahan untuk cukupkan lauk. Tanpa jemu juga arwah ayah pastinya menggalas tanggungjawab sebagai tukang masak untuk hari tersebut.

Resepi Nasi Daging Air Asam dan 'signature dish'  ayah pada air asam dan daging masaklada hitam tersebut. Hasil dari pemerhatian sepanjang ayah ada bersama, sehingga lah hari terakhir semakin dekat beliau mahu dijemput Ilahi pada April 2018, Ayah tetap masak Nasi Daging Air Asam tersebut. Sedihnya, saya tidak dapat menikmati kerana berada di Ampang. Hanya adik perempuan sahaja ketika itu tinggal bersama ayah, dapat makan bersama beliau.

Al Fatihah buat Ayah.

Semasa ayah kurang sihat, teringat sahaja saya akan masak dan hantar ke rumah mak dan ayah. Sehinggalah bersama keluarga mertua pun saya masakkan sebagai pengikat kasih dan sayang secara tidak langsung menyumbang pahala resepi ayah buat kalian semua. 

Resepi Nasi Daging ambil dari resepi Puan Tahrunnisah Jali, saya olah sedikit ikut citarasa saya. Resepi Air Asam dan Daging Masak Lada Hitam pula ialah resepi dari arwah ayah saya sendiri. Mohon sudi-sudikan lah panjangkan resepi ini andai tidak keberatan ya. Terima kasih. 

Resepi Nasi Daging

3 cawan beras basmathi (saya rendam 3 jam)
lebih kurang 3 sudu rempah kurma
1/2 cawan minyak jagung (saya campur sedikit dengan minyak sapi)
2 biji bawang besar sederhana besar -kisar
bawang putih 1 ulas - kisar
halia sikit - kisar
2 sudu sos tomato
serai 1
garam
500gm-1kg daging kambing/lembu


Bahan Penumis

sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
tumbuk sedikit jintan manis dan ketumbar

cara

1. Tumis bahan penumis , jintan dan ketumbar sehingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar kacau sehimgga sebati.
3. Masukkan sos tomato, serai,rempah kurma sehingga naik bau
4. Masukkan daging
5. Masukkan air
6. Rebus sehingga daging empuk (saya guna presure cooker Noxxa). Saya setkan sehingga 30minit.
7. kemudian air rebusan daging dalam periuk nasi yang ada beras tadi. Sukatan nya 1 cawan beras basmathi = 1 1/2 air rebusan daging. Daging dikeluarkan dan air rebusan disimpan sedikit untuk dihiris dan dimasak daging masak lada hitam.
8. Masukkan garam secukup rasa.
9.  Nasi masak sempurna, kemudian saya letakkan pewarna kuning sedikit dalam nasi yang sudah masak tadi.  Jangan kacau nasi nya, tunggu 5 minit baru lah dikacau.

p/s : Resepi ini tidak diletakkan susu cair, ikut selera masing-masing untuk menggantikan sukatan air daging dan susu cair semasa mahu masak nasi. susu cair kebiasaan nya menjadikan cepat muak.

Air Asam

3 biji bawang besar*
2 ulas bwang putih*
cili merah* - ikut kepedasan anda
cili api*- ikut kepedasan anda
belacan yang dibakar*
tomato yang dipotong kecik2 dadu*
1 mangkuk air asam jawa (mengikut kepekatan anda)

Sos Cili (kimball)
perahan limau kasturi (kulit jangan dibuang, hiris halus)

cara

1. Hiris dadu semua bahan yang dibintangkan dan bahagikan kepada dua bahagian. separuh dikisar separa halus dan separuh lagi akan dicampurkan bersama yang dikisar tadi.

2. Kisar separa halus bawang merah, bawang putih , cili merah,  cili api, tomato dan belacan dengan menggunakan air asam jawa

3. masukkan bahan yang dikisar di dalam mangkuk khas dan masukkan juga baki bahan yang dihiris tadi.

4. Tuang sos cili anggaran sebanyak 2-3 sudu dan hirisan kulit limau kasturi
5.  Seimbangkan rasa air asam mengikut selera anda.

Jelatah atau Acar Timun
Nenas
Carrot
Timun
Bawang Merah
Perahan Air Lemon / Air Cuka
Gula

Cara: 
1. Hiris semua bahan, perahkan air lemon / sesudu dua air cuka dan perasakan dengan gula.

Daging Masak Lada Hitam

1. Daging yang direbus bersama nasi tadi dihiris tebal dalam 1-2 inci
2. Masukkan minyak sapi/minyak jagung/minyak masak dan goreng daging sehingga garing.
3. Masukkan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam, sos lada hitam dan air rebusan daging.
4. Kacau sebati dan perasakan dengan garam
5. Hiris daun bawang dan cili merah sebagai hiasan

Sedia untuk di hidang.


Bekal yang disiapkan untuk diberikan kepada emak dan ayah. Mereka sibuk dengan berniaga, kadang-kadang tidak punya masa untuk makan. Hati saya ketika ini tergerak untuk bekalkan buat mereka.  Ketika ini ayah masih ada lagi.

Gambar di bawah ini saya masakkan buat keluarga mertua. Saya berkahwin dengan ibu mertua yang berasal dari Sungai Besar dan ayah mertua pula berasal dari Muar. Seronok melihat mereka bertambah nasi dan lauk menjamah air tangan saya ini. Alhamdulillah. Emak dan ayah saya pula berasal dari Pulau Pinang. 


                                                            Daging Masak Lada Hitam


                                                          Jelatah atau Acar Timun


                                                                      Air Asam

Alhamdulillah, kenyang.

No comments:

Post a Comment