Friday 16 November 2018

Nostalgia Secangkir Air Kopi

Teks: Maslizatul Ayu


Pagi Ahad, saya dan keluarga tiada bersama ibu dan ayah mertua di kampung. Telefon pintar berbunyi tanda mesej dari aplikasi whatsapp keluarga masuk dari ibu mertua. Beliau berkongsi cerita pagi menyediakan kopi hasil dari air panas yang dibakar di atas unggun kayu api. perkongsian ibu seolah-olah menjentik rasa bersalah di hati sebagai anak kerana tiada di sisi mereka untuk membantu apa yang perlu, walaupun di bibir ibu ayah mengatakan tidak mengapa, jauh di sudut hati pasti merasa sedih.

Akhirnya, saya melakarkan puisi ini buat diri dan adik-adik.

Secangkir Kopi
Air di masak di atas kayu api, memberi rasa luar biasa pada tenaga pagi ini. Apatah lagi dihidangi secangkir Kopi-O hasil air tangan si isteri.
Bersama-sama suami dan isteri memerah peluh keringat pagi membangunkan rumah kecil nun jauh dari kesibukan kota.
Bukan untuk diri akan tetapi kesenangan dan keselesaan anak-anak sehingga generasi selepas mereka.
Mereka tidak minta wang ringgit, cukup sekadar anak-anak yang memahami betapa rindunya memori anak-anak di sisi.
Semakin di mamah usia, tidak banyak kudrat seperti usia muda. Mereka bangkit dan teruskan jua. Melihat tapak tangan,raut wajah yang penuh dengan urat-urat tua, faktor semakin dimamah usia, buat hati ini rasa ralat tidak terkata
Bagaimana bisa untuk membayar segala jasa, yang telah dilaburkan ke atas kami semua. Itulah mereka, yang selama nya ayah dan ibu kita di dunia dan hingga ke syurga. Terima kasih atas segalanya, mohon halalkan makan, minum, tempat tinggal, wang ringgit, peluh keringat yang telah kalian tatang ke atas kami hingga ke syurga.
Ya Allah, andai mampu untuk kami minta, sihatkan lah tubuh badan mereka, tenangkan lah hati mereka, mohon redha mereka ke atas kami ini ya Allah. Kau cucurilah rahmat Mu ke atas mereka dan jaga kan lah mereka di mana sahaja mereka berada.
Sesungguhnya kami ini pendosa, banyak dosa dengan mereka dari seawal usia. Ampuni kami ya Allah. Ampuni ibu ayah kami ya Allah. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.

30 September 2018

Sumber Gambar : Saripah Jamal (Ibu Mertua)
Di edit oleh : Maslizatul Ayu

No comments:

Post a Comment