Saturday 10 November 2018

Ibu, Menulis lah!

Teks: Maslizatul Ayu

Menulis lah!
Maka kau akan hidup seribu tahun lagi (Fenan Baharudin)
Itu lah harapan dan impian bagi setiap insan apabila tahu akan potensi dalaman. Pengalaman seseorang ibarat air yang mengalir. Semakin banyak kita menimba ilmu, semakin banyak sikap dan tabiat akan berubah hasil dari ilmu yang kita amal dan sebarkan kan. Menimba ilmu ibarat sebuah perjalanan, tidak semestinya ilmu yang ditimba ketika itu akan digunapakai ketika itu juga, pastinya akan sampai waktu kita akan keluarkan juga.
Saya tergerak hati untuk menghadiri Seminar Ibu Menulis kelolaan Puan Khairunnisa Hamzah pada 16 September 2018 yang lalu di EVO Bandar Baru Bangi. Hasil dapatan info dari fanpage beliau. Sungguh tidak pernah terlintas di hati untuk jadi seorang penulis, akan tetapi keinginan yang tinggi ingin mencuba sesuatu yang baru, maka mendaftarkan diri sendiri. Sesungguhnya, saya mengiyakan setiap perkongsian Puan Khairunnisa, kerana terlalu banyak yang ingin saya kongikan akan tetapi tidak tahu saluran yang tepat. 
Seminar yang dihadiri seramai 11 orang peserta adalah dari kalangan ibu-ibu suri rumah dan bekerjaya. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri, dan supermama kesemua nya. ibu-ibu yang hebat, Masya Allah. Terasa kerdil pula diri ini, akan tetapi tidak mudah untuk mematahkan semangat saya untuk teruskan laluan yang telahpun Allah bukakan pintu yang terbaik buat saya. Berdebar-debar rasa ketika itu, hati pula sesak dan minda pula bercelaru. Tidak pasti kenapa saya merasakan begitu.
Perkongsian demi perkongsian  Puan Khairunnisa Hamzah benar-benar menjentik rasa hati sanubari. Sehinggalah Puan Khairunnisa mainkan lagu Girl on Fire nyanyian oleh Alicia Keys sebagai selingan . Saya khusyuk melihat klip video tersebut dan terbawa-bawa perasaan dan nampak akan diri saya sendiri dalam babak lakonan alicia keys itu. Emosi sedih menguasai, baru lah saya dapat kenalpasti akan sesak nya dada ini memendam rasa di hati. 
Asalnya saya seorang wanita bekerjaya, berhenti kerja demi menjaga anak-anak dan terus putus dengan dunia luar, menjadikan episod kemurungan melanda sehingga setahun lama nya. Saya bangkit dengan menghadiri bermacam-macam kursus 'parenting', kursus pendidikan awal kanak-kanak dan juga aktif dalam dunia bisnes makanan dan produk. Dari seorang suri rumah sepenuh masa, saya membuat keputusan menjadi suri rumah separuh masa. Dalam erti kata lain, bekerja dari rumah sambil dapat mengasuh,mendidik dan membesarkan anak-anak dengan tangan saya sendiri.
Alhamdulillah, rezeki hadir ke seminar ibu menulis ini sangat-sangat membuka hati dan juga minda saya akan peri pentingnya kita mencorakkan hidup kita sendiri ikut acuan yang kita inginkan. Antara catitan saya ketika seminar: 
Menulis lah! andai diri mu merasa penting kepada Ibrah.
Menulis lah! kerana menulis itu rahsia awet muda.
Menulis lah! Kerana menulis adalah bebas dalam berkarya
Menulis lah! Apabila penat nya menyimpan sesuatu.
Menulis lah! Agar ia dapat beri manfaat
Alhamdulillah, moga ada sinar yang terbaik yang Allah lorongkan buat diri ini, semestinya terbaik buat manfaat generasi seterusnya. Rezeki yang tidak di sangka-sangka, di akhir seminar,Puan Khairunnisa menawarkan kami semua yang hadir dalam seminar untuk menulis bersama dalam projek menulis buku. Siapa menyangka, rezeki yang tertulis ini. Saya memanjatkan rasa syukur pada Yang Maha Memberi. Sesungguh nya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Mu ini.

Mohon doa anda semua, saya dan peserta seminar yang lain dapat keluarkan sebuah buku gabungan 11 orang penulis ini hujung tahun 2018 InsyaAllah❤




Ibu..
Menulis lah!
Setiap dari penulisan pasti ada ibrah yang bisa memberi inspirasi dan manfaat buat sekalian ummah. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment