Saturday 10 November 2018

Pang! Pipi di Tampar.

Teks: Maslizatul Ayu

Pang! pipi di tampar.
Ayu, kenapa ni? Tadi dilihat ketawa senyum bahagia. Tiba-tiba duduk cangkung menahan tangisan hiba mahu-semahunya. Tadi dilihat boleh berjenaka dan bercerita fantasi bersama anak-anak, akhirnya tersungkur di lantai, menangis teresak-esak. Sebak sangatkah sambil memotong lobak,peria,cili merah dan bawang sambil itu halwa telinga mendengar alunan lagu ya maulana oleh ukhti sabyan? Atau kamu rindu akan arwah ayah yang baru sahaja dijemput Ilahi 28 April 2018 yang lalu?




Ceritakan lah, apa yang terbuku di hati. Luahkan lah! Moga ada yang mengerti.

Kenapa saya menulis?
Kerana saya rindu. Rindu yang paling dalam, rindu pada arwah ayah. terasa patah sebelah sayap,sesak di dada.
Kenapa saya menulis?
Kerana saya inginkan satu anjakan paradigma, mahukan titik perubahan untuk masa hadapan.
Kenapa saya menulis?
Kerana mahu ada yang faham akan penulisan penuh makna dan dapat diambil iktibar berdasarkan pengalaman.

Supaya ada yang mengerti, apabila berjalan di laluan yang sama, seperti ada suara lantang berkata Ahha! Maka, tuned keadaan seperti biasa, tidak ikutkan emosi rasa yang bisa membinasakan. Setiap dari kita ada jalan cerita dan novel hidup yang tersendiri. Punya episod pahit, manis, masin, tawar dan kelat kan? Tapi bagaimana kita berhadapan dengan setiap situasi itu pastinya berbeza. Ada yang mengeluh,ada yang merungut,ada yang pasrah,ada yang redha,ada yang berdendam,ada yang tersenyum dan ada juga yang terduduk. 

Bagaimana saya handle episod kehidupan saya pula? sebolehnya saya cuba untuk menimba ilmu. Tidak pernah lokek untuk melabur demi berguru. Terjah sahaja ikut situasi cerita hidup saya ketika itu. Sebab dengan ilmu, memberi saya satu semangat dan momentum baru serta dapat membuka lembaran baru dalam episod kehidupan saya seterusnya. Layan sahaja, ikut arus dan kembali kepada Allah, kata Puan Khairunnisa Hamzah dalam Seminar Ibu Menulis.  "Sebenarnya aku ini nak apa? buat itu tak kena, buat ini tak kena". Tanya saya pada guru penulisan, dalam sesi soal jawab berkenaan latar belakang pendidikan,pekerjaan, hobi dan juga kepakaran.

Puan Khairunnisa bertanya lanjut akan latar belakang saya. Selesai 'ice breaking', Puan Khairunnisa ini faham dan terus bercerita tentang fasa kehidupan yang kita bakal lalui. Fasa pendidikan ada cerita nya,fasa pekerjaan ada ceritanya,fasa pelaburan ada cerita nya,fasa ukhuwah silaturrahim ada cerita nya, Apa pun fasa yang kita telusuri ini. Hujung pangkal adakah kita meletakkan Allah itu paling utama? Paling hadapan? Andai belum, lebih banyak lah lubang-lubang dalam kehidupan kita. Segala macam perkara dan perbuatan yang kita lakukan, ada sahaja yang tidak kena.

Pang! Berkali-kali. Ya Allah, sujud syukur. Betapa diri ini bersyukur kerana Allah senantiasa hadirkan guru-guru yang tidak lokek berkongsi akan kaedah,formula dan teknik dalam universiti kehidupan ini. Jatuh bangun, dulu kabur sekarang sudah jelas. Betapa hidup ini penuh dengan warna warni, Back to Allah, back to Allah kata Puan Khairunnisa lagi. Letakkan seluruh pergantungan mu hanya pada Allah semata-mata. kata nya lagi, hanya terus buat yang terbaik sahaja apa yang kita mampu buat. 



Terima kasih Puan Guru. Saya kini sedang mengasah bakat dalam penulisan. selepas menghantar manuskrip yang ditugaskan oleh Puan Khairunnisa, penulisan saya terhenti dan berfikir sejenak. What's next ya Ya Allah. sehinggalah Allah izinkan saya terbaca nukilan Puan Saniah Mat Sanat mengenai kelas blog asas dan bisnes. Alhamdulillah, sekali lagi tergerak hati tidak menoleh lagi mendaftarkan diri. Saya yakin, ada hikmah Allah jentikkan hati, dan sememangnya saya yakin perlu berguru apabila mahu memulakan sesuatu, supaya tidak terpisah jauh dari trek asal.

Syukur saya berguru pula dengan Puan Masayu Ahmad untuk kelas Asas Blog dan Penulisan. Perjalanan saya masih jauh lagi, Insya Allah ada sinar nya yang semakin menghampiri. Saya yakin rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Puan Khairunnisa sudah tag cover buku saya dan 10 lagi penulis yang ditawarkan bersama beliau dalam menghasilkan buku bersama. Saya risau dan berdebar sebenar nya, doakan penulisan saya mampu memberi manfaat buat mereka yang memerlukan ya❤


No comments:

Post a Comment