Monday 12 November 2018

Hujan dan Daun, Fatihah Gembira!

Teks: Maslizatul Ayu


Fatihah belajar mengenai kitaran hujan, jenis daun dan bau😊

Bunyi hujan lebat membuatkan fatihah ketakutan, lagi-lagi bunyi guruh kuar berdentum. Melihat situasi tersebut, lantas umi ambil buku cerita 'Water Droplet Obeys Allah' dan ceritakan pada beliau akan kejadian hujan dan terus bawa beliau memegang titisan air hujan yang membasahi bumi. 


Sumber Gambar: Maslizatul Ayu

Fatihah senyum, Alhamdulillah, Fatihah dapat atasi masalah ketakutan dengan cepat. Sambil melihat kebesaran Allah, umi pun berkongsi ilmu. Biarpun ketika ini usia Fatihah baru menjengah 1tahun 5bulan, Umi gemar bersembang, berceloteh dan berkongsi apa jua cerita yang menjurus ke arah menambah ilmu pengetahuan anak-anak.
Hujan semakin reda, Umi ambil keputusan untuk duduk meriba Fatihah di atas para sambil melihat menghirup udara segar selepas hujan . Tiba-tiba tangan Fatihah pantas mencapai keratan batang pokok bunga Ros Jepun dan memasukkan terus ke dalam mulut nya.  fatihah sayang, pokok ini bukan makanan sayang, tak boleh makan. Umi ambil  dan pacak semula keratan tersebut.
Secara spontan umi pun terus ambil daun pudina, basuh bersih dan beri kepada Fatihah. Tak cukup sehelai, dikunyah nya hampir lima helai daun pudina tersebut. Harum semerbak pudina nafas mu wahai fatihah maisarah, dapat ke ayah ni, habis lah kamu digomol dan dikucup berkali-kali. kata umi sambil senyum ketawa.
Sumber Gambar: Maslizatul Ayu
Tidak lama berduaan dengan fatihah di luar, Ayah fatihah keluar dan menghampiri kami. beruntung sungguh kita hari ini kan fatihah sayang, dapat juga fatihah mempelajari bauan dari daun kari, daun pudina, daun serai, daun pandan, daun kesum, daun limau purut. Tugas umi hanya merakam momen ini sahaja, ayah yang banyak ke hulu dan hilir memetik daun yang ada untuk aktifkan sensori bau kamu sayang.

                                                                 Sumber Gambar: Maslizatul Ayu
Rain droplets
Sensory of smell

Perkaitan bacaan dalam buku, umi aplikasikan dengan situasi yang sebenar bersama-sama bantuan ayah. lengkap proses pembelajaran kita untuk hari ini. Alhamdulillah, syukur!

boleh lihat video Fatihah belajar tentang daun dan bauan nya😍

No comments:

Post a Comment