Tuesday 13 November 2018

Nak Masak Pun Tanya Allah, Dah Kenapa?

Teks: Maslizatul Ayu

Asyik nasi putih sahaja. mahu masak apa pula hari ini ya! Pes sambal bali sudah sedia, apa kata kita masak nasi lemak sahaja lah. Monolog sendiri dalam hati, sambil-sambil tanya Allah. 

Masak nasi lemak boleh berulang makan sehingga malam, tidak perlu masak lagi untuk dinner. Eh, betul juga tu kan Allah! Sembang lagi tanpa henti. 

Ayam pula mahu masukkan dalam sambal terus atau goreng sahaja ya? Kalau goreng sahaja anak-anak boleh terus makan bersama, kalau masuk dalam sambal umi dan ayah sahaja yang makan nanti. Sendiri tanya, sendiri yang jawab😅🤣. Boleh ya Ya Allah?

Sudahnya, terus sahaja masak nasi lemak, rebus telur, goreng ikan bilis kacang dan goreng ayam. Akhir sekali ambil pes sambal bali, masukkan sedikit santan. Jadilah sambal nasi lemak. Tidak perlu fikir mahu buat sambal lain😘

Sibuk tangan ini macam sotong masak di dapur, berbual pula dengan Allah. Ya Allah, hari ini terfikir mahu susun atur bilik kecil dan masukkan semua barang di tempat yang sesuai. Rasa-rasanya kan ya Allah, sesuai tak? Macam terfikir mahu alihkan barang ini ke sini, ok tak ya Allah? 

Dah kenapa umi ni, tadi sembang dengan diri sendiri selitkan sembang dengan Allah sekali. Ini mahu kemas susun atur rumah pun tanya Allah lagi. 

Dah tu? Allah sahaja Yang Maha Mendengar dan Mengetahui segala rahsia akal dan hati?

Salam Zuhur 
Ajum ambil wudhu🌷

#maslizatulayumenulis
#notamaslizatulayu





No comments:

Post a Comment