Saturday 10 November 2018

Stimulasi Al Quran sejak dari Alam Rahim

Teks: Maslizatul Ayu

Pengalaman menyandang jawatan Pengurus Program bagi Modul Rangsangan Pendidikan Al Quran sejak dari dalam kandungan menggunakan Teknik Al Baghdadi ini lah banyak membuka mata dan minda saya akan betapa pentingnya menjaga keperibadian, tutur kata, pemakanan ketika hamil. Semasa menyandang jawatan ini, program ini baru sahaja diperkenalkan oleh syarikat Al Baghdadi Group Sdn Bhd. Sekitar tahun 2013, saya belum lagi berkahwin. Maka, penghayatan akan intipati program ini sedikit kurang.
masuk sahaja tahunn 2014, saya mendirikan rumahtangga dan direzekikan bunting pelamin, ketika ini lah titik mula akan penyerapan yang terbaik buat diri dan amalkan apa yang telah dikongsikan kepada masyarakat. Sepanjang kehamilan saya ketika itu, amatlah penting bagi ibu-ibu hamil merangsang anak dalam kandungan dari awal dengan rangsangan ayat-ayat al-Quran sama ada ibu itu sendiri membacakan sambil lembut usapan diperut atau perdengarkan buat anak menggunakan headphone ataupun cakera padat. 
Kajian mendapati bonding antara ibu dan anak dalam kandungan haruslah kuat supaya anak merasa selamat. Setiap dari ibu hamil juga haruslah belajar teknik pernafasan yang betul. teknik visualisasi dan emosi juga perlu dijaga agar ibu senantiasa dalam keadaan tenang, positif dan ceria. Seperti kata mentor saya, apa sahaja yang ibu hamil dengar, lihat dan rasa, anak dalam kandungan juga turut merasai yang sama. Dalam Islam juga banyak memberi saranan buat ibu hamil jaga perlakuan dan tuturkata harian.
Cara meningkatkan hormon bonding antara ibu dan anak dalam kandungan ialah dengan kerap membelai, mengusap perut dan pada masa yang sama berbual dengan anak akan apa jua yang baik mahu disembangkan.  Otak anak dalam kandungan Subhanallah mempunyai kapasiti yang tidak terjangkau. Melihat gambar ibu hamil ini, teringat akan perjuangan menyebarluaskan pendidikan al Quran bersama tim Al Baghdadi Group Sdn Bhd seluruh negeri.




sumber gambar: google imej

Disebabkan ilmu ini, diri ini mengambil langkah untuk elakkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh membuatkan diri dan anak dalam kandungan stress. Maka, segala jenis bisnes yang dipelopori dihentikan buat seketika, memberi laluan kepada persediaan mental, fizikal dan juga emosi. Pengalaman mengandungkan anak pertama, memberi satu rasa yang terlalu indah. Ketika mengandung juga lah baru dapat memahamkan pengusaha-pengusaha yang membuka pusat tuisyen ibu hamil al baghdadi akan modul yang diterbitkan sendiri oleh Al Baghdadi Group Sdn Bhd.

Saya yang berperanan sebagai pruf dan editor buku khas merangsang pendidikan al quran teknik al baghdadi untuk ibu hamil ini juga teruja untuk belajar demi anak dalam kandungan. sudah punya ilmu, akan tetapi tidak ambil manfaat daripada nya, rugi kan! Subhaanallah, kesan nya amat luar biasa. Terutama sekali emosi saya sangat tenang dan enjoy dalam dunia kehamilan. 'Morning sickness' juga hampir tiada. Semuanya asbab dari ayat-ayat Allah jua, Alhamdulillah.


sumber buku: Maslizatul Ayu

Sungguhpun tidak menyandang jawatan pengurus program ini lagi, saya tetap meneruskan stimulasi al Quran untuk anak yang kedua saya. Seronok sekali mengambil syafaat dari ayat-ayat Allah ini.Alhamdulillah.
Maka, nikmat Allah yang mana lagi mahu di dustakan? Mahu apa lagi, mahu kejar apa lagi? Seperti kata seorang kenalan, semakin dikejar dunia, semakin lari laju ia dari kita. Maka seiringkanlah pencarian dunia dan akhirat juga. 


insya Allah, nanti saya kongsikan lebih mendalam tentang ini dengan anda ya.

No comments:

Post a Comment