Monday 12 November 2018

Lain Yang Di Cari, Lain Yang Di Beli

Teks: Maslizatul Ayu

Mak-mak kalau keluar shopping memang begini eh?

Terpanggil untuk menjejakkan kaki ke kedai buku popular untuk mencari buku perangai bergantung kepada diri sendiri, pihak kedai buku memaklumkan buku ini tiada dalam sistem mereka lagi.
Aduh rugi sekali! Maka, sengaja menghayunkan langkah membelek buku ‘best seller’. Berhenti dan terus zass membelek tajuk serta intipati setiap buku yang menarik pandangan mata jatuh ke sanubarii.

Ish, macam terkena je dengan diri. Mungkin ada mesej yang mahu diberi melalui buku ini, supaya be strong dan bangkit. Lagi-lagi anak dua buat umi semakin menyinga. Jadi bertepatan dengan buku filosofi mak singa. Layankan sahaja rasa hati, terus ambil dan bawa ke kaunter bayaran.

Lain yang di cari lain pula yang dibeli. Keluar rumah mahu cari bahan props untuk task fotofon. Pulang membawa buku latihan, alat tulis, pensel warna, dan mainan untuk anak-anak, tambahan buku bacaan untuk diri sendiri🤣. Sabar je lah! Itu yang malas nak keluar ke kedai buku, habis di sambar nya untuk koleksi.





1 comment:

  1. Puan, kalau nak beli buku Za'ba tu rasanya lagi mudah secara online saja. Cuba ke pautan ini:

    https://dbpniaga.my/umum/130-perangai-bergantung-pada-diri-sendiri-9789834602888.html

    ReplyDelete