Thursday 15 November 2018

Cili Jeruk Kekal Rangup

Teks: Maslizatul Ayu

Hasil tuaian cili hijau yang ditanam di tepi rumah meriah semeriahnya. Fatihah geram sehinggalah meminta izin umi untuk memetik cili. 

Fatihah: Umi, boleh tak Fatihah nak pergi petik cili dekat belakang sorang-sorang?
Umi : Iya fatihah, boleh, hati-hati ya.

Fatihah Maisarah seorang anak yang mahu buat semua perkara sendiri, menunjukkan gaya kepimpinan yang tinggi. Umi hanya raikan asalkan tidak memberi mudarat. Pulang fatihah dari kebun mini membawa plastik merah yang diisi cili hijau. Wah! pandai nya fatihah petik cili hijau, terima kasih sayang. Umi memuji sikap rajin fatihah tersebut, berbunga riang hati si cilik tersebut.

Petang ni kita makan cili jeruk dengan char kuey teow atau mee goreng mamak sedap juga ni, nikmat sekali. Resepi campak-campak asalkan ada rasa cili jeruk cara saya ya.

10 -15biji Cili hijau
1/2 cawan Cuka
1 cawan Air biasa
6 sudu besar Gula Perang
1 sudu kecil Garam 

Cara-cara
1. Potong cili hijau menyerong, buang biji dan rendamkan dalam air panas selama 5minit (bagi mengekalkan kerangupan)
2. Didihkan air dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan gula,cuka dan garam. Kacau sehingga larut (biarkan sejuk)
3. Masukkan cili hijau yang siap dipotong serong dalam air larutan gula,garam dan cuka tadi. 

Siap untuk dimakan!






No comments:

Post a Comment